Powered By Blogger

Tuesday, October 19, 2010

Birokrasi.

Birokrasi atau dalam ertikata yang mudah difahami sistem pentadbiran atau pengurusan yang melibatkan pelbagai peringkat dan mengandungi pelbagai peraturan .


Birokrasi ialah satu konsep dalam sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun pentadbiran itu dilaksanakan dan dikuatkuasakan merujuk peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara kendalian piawaian,peruntukkan dan pembahagian tanggungjawab yang rasmi,peringkat dan tiada hubungan peribadi.


Prosedur ataupun peraturan yang asal tujuannya untuk rujukan bagi memudahkan pihak pihak tertentu untuk menyelesaikan perkara yang kompleks (rumit). Walau bagaimanapun pelaksanaan kadang-kadang menjadikannya semangkin susah lagi sukar disebabkan oleh ketidak fahaman oleh pihak tertentu berhubung tujuan asal mahupun fungsi sebenar prosedur ataupun peraturan tersebut.


Selain kualiti perkhidmatan yang rendah(non-professional), tidak peka, kurang pemahaman , tidak faham atau tidak langsung mahu untuk memahami VISI dan MISI jabatan oleh pelaksana polisi kerajaan turut menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kelemahan sistem Birokrasi tersebut. Secara umum sistem perlaksanaan prosedur mahupun peraturan perlu lebih kerap dirujuk dan disemak oleh pelaksana-pelaksana birokarsi tersebut agar dapat sepenuhnya difahami ,dikuasai dan dipraktikan dengan berkesan.


Oleh hal yang demikian persoalan kita kenapa sehingga kini sistem Birokrasi di jabatan jabatan kerajaan tertentu pada masa kini selalu dipertikaikan oleh segelintir pihak khususnya oleh kita sebagai rakyat Malaysia ? Pada pendapat anda di mana kelemahan ini sebenarnya bermula?




Rujukan : Wikipedia .

No comments:

Post a Comment