Powered By Blogger

Saturday, October 23, 2010

Sistem Birokrasi lagi...

Salam 1Malaysia.

 Kenapa salahkan Sistem Birokrasi kalau kita  yang tidak efficient.


"Prosedur ataupun peraturan yang asal tujuannya untuk rujukan bagi memudahkan pihak tertentu untuk menyelesaikan perkara yang kompleks (rumit )"


Sistem Birokrasi bukan penyebab kita tidak efficient tapi cara perlaksanaan kita, kadang kadang menjadikannya semangkin susah lagi sukar.


 Ketidak fahaman oleh pihak perlaksana Birokrasi (kakitangan awan) berhubung tujuan asal mahupun fungsi sebenar prosedur ataupun peraturan tesebut antara penyumbang sistem  tersebut dianggap menyulitkan.


Akibatnya kita/rakyat merupakan kumpulan sasaran  bagi sistem tersebut yang akan menjadi mangsa dan secara langsung menganggap Sistem Birokrasi itu menyulitkan kita. Malah lebih dari itu kita/rakyat akan menyalahkan sistem kerajaan yang tidak betul.


Pelaksana sistem (kakitangan awan) kena selalu merujuk kepada "Standard Operation Procedure" yang telah ditetapkan oleh kerajaan / jabatan masing masing bagi memudahkan menyelesaikan masalah rakyat.


Dari pemahaman kita objektif asas  Sistem Birokrasi ini diwujudkan untuk mengatasi masalah yang rumit.


Kelemahan  komunikasi dan koordinasi di antara bahagian  oleh kakitangan awan juga merupakan antara faktor menyulitkan sistem tersebut.


Dengan merujuk kepada peraturan yang telah ditetapkan secara langsung kecekapan perkhidmatan akan lebih bertambah baik, produktiviti dapat ditingkatkan dan kos pengurusan akan dapat dikurangkan.


Pendek kata Sistem Birokrasi nampak merumitkan sebab ada bahagian  yang tidak efficient.

No comments:

Post a Comment