Powered By Blogger

Thursday, November 11, 2010

Bahagian Perkhidmatan Pelanggan..(Birokrasi lagi..)

Bahagian Perkhidmatan Pelanggan..(Birokrasi lagi..)

Salam 1Malaysia.

Langkah untuk mewujudkan “Bahagian Perkhidmatan Pelanggan”

di jabatan-jabatan kerajaan satu idea yang baik. Tujuan utama agar dapat memberikan satu bentuk perkhidmatan yang lebih teratur dan standard kepada pelanggan.

Visi, Misi dan Piagam Pelanggan adalah rujukan asas kepada “Bahagian Perkhidmatan Pelanggan”.

Sebagai pelanggan, cuba ambil sedikit masa untuk membaca Visi,Misi dan Piagam Pelanggan yang dilekatkan di dinding dinding pejabat jabatan kerajaan. Ringkas dan mudah difahami oleh kita semua. Persoalan kita sejauh mana pula pemahaman penjawat-penjawat awam berhubung Visi, Misi dan Piagam Pelanggan yang mereka maktubkan?  Jangan hairan kalau ada yang memberi jawapan “No Komen” maksudnya mereka memang tidak tahu.

Di samping keselesaan pelanggan, kebolehan untuk menyelesaikan masalah oleh kakitangan perkhidmatan pelanggan juga perlu ada. Pelanggan mengharapkan penyelasaian bukan menambah masalah.

Pendek kata jangan salahkan Sistem Birokrasi kalau memang kita yang tidak berkebolehan. 

No comments:

Post a Comment