Friday, August 19, 2011

Mengaplikasikan sistem Birokrasi yang betul-BPA patut dicontohi.


Biro  Pengaduan Awam.

Objektif BPA.

  • Untuk menyelesaikan aduan dengan cekap, adil dan berkesan berdasarkan Piagam Pelanggan BPA; 
  • Untuk meningkatkan kadar penyelesaian aduan yang diterima daripada orang awam; 
  • Untuk menyedia dan meningkatkan kemudahan membuat aduan kepada orang awam; 

  • Untuk mengurangkan aduan yang berulang-ulang terhadap  perkhidmatan awam; 
  • Untuk memperkenalkan pembaharuan dan inovasi berasaskan aduan awam; 
  • Untuk memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan; 
  • Untuk mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam; dan 
  • Untuk mendapatkan maklum balas orang ramai bagi menjayakan program pembangunan Kerajaan. 

      Visi, Misi, Dasar Kualiti


            Visi. 
Menjadi sebuah organisasi utama yang menyumbang kepada pencapaian kecemerlangan Perkhidmatan Awam melalui penyelesaian aduan awam.
           
            Misi. 
Menyelesaikan aduan awam dengan cepat, adil dan mesra serta menerima maklum balas awam mengenai dasar dan program Kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. 
           
            Dasar Kualiti. 
Kami adalah komited kepada perkhidmatan dan layanan yang berkualiti dan berdedikasi dalam penyelesaian aduan bagi memenuhi kehendak pelanggan selaras dengan Sistem Pengurusan Kualiti yang diwujudkan.
Kami juga komited membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti dan menilai semula semua objektif kualiti yang ditetapkan bagi memastikan ianya sentiasa sesuai mengikut kehendak pelanggan.     
       
           
     
Piagam Pelanggan.
Mengurus dan menyelesaikan aduan orang ramai terhadap agensi-agensi  awam dalam tempoh 15 hari bekerja.

Rujukan : http://www.pcb.gov.my

No comments:

Post a Comment